Isnin, 6 Julai 2015

Fr:blog aku islam..:-)))
"Ya, mungkin awak seorang yang kuat maka awak dengan mudah mempersoalkan mengapa ada orang sukar nak ‘move on’.
Dengan angkuh awak memperlekehkan orang yang menanti cinta yang tak pasti…
Dan dengan tiada belas awak mengeji orang yang memilih masa yang lama hidup sendiri tanpa teman hidup.
Jalan cerita kita berbeza.
Berat mana ujian kita juga berbeza.
Jadi mengapa persoalkan, mengapa perlekehkan?
Awak kuat mungkin hati awak tidak serapuh dia.
Awak kuat mungkin ujian awak tidak seberat dia.
Dan mungkin juga awak kuat sebab kisah cinta awak tidak seagung dia.
Bersyukurlah dikurniakan kekuatan itu berbanding orang lain yang menangis siang malam, memaksa mencari kekuatan diri.
Tak ada orang minta hidup jadi sesukar itu. Tak ada orang memilih kelihatan lemah. Semuanya kerana kehendak-Nya.
Jika tak mampu membantu, cukuplah doa yang terbaik untuk sesama insan."
— via bukangadisbiasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan